

USANA HEALTH SCIENCES mula ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Pengasasnya, Dr. Myron Wentz. Beliau yang berasal dari German itu adalah seorang saintis terkemuka dunia dalam kepakaran sel manusia. Beliau juga terkenal dengan kepakaran dalam bidang immunologi.
Dari tahun 1992 sehinggalah tulisan ini ditulis, USANA telah pun beroperasi di 15 buah negara di seluruh dunia. Pada Januari 2007, USANA mula melebarkan jaringannya ke Malaysia, menjadikan Malaysia negara yang ke-14 tempat operasinya.
1992 - United State
1996 - Canada
1997 - Caribbean
1998 - United Kingdom, New Zealand, Australia
1999 - Netherland, Hong Kong
2000 - Japan
2002 - Taiwan
2003 - Korea, Singapore
2004 - Maxico
2007 - MALAYSIA
2008 - Philipine
Di dalam majalah Network Marketing Today, USANA telah diiktiraf sebagai syarikat No. 1 terbaik selama sepuluh tahun. Majalah Forbes pula menyenaraikan USANA di tangga ke-5 di antara '200 Best Small Companies of 2005 in America' - Tiada sebuah pun syarikat Network Marketing lain yang tersenarai -Dr. Myron Wentz juga adalah pemilik dan pengasas kepada syarikat Gull Laboratories (sebelum wujudnya USANA HEALTH SCIENCES). Syarikat terulung milik beliau itu telah berjaya membiakkan berbilion-bilion sel untuk digunakan dalam proses mendiagnosis penyakit jangkitan virus.
Keupayaan mereka dalam pembiakan sel yang sihat dan bertenaga dalam makmal juga adalah satu daripada sebab mengapa produk Gull Laboratories mencapai "Piawai Emas" dalam mengesan penyakit berjangkit. Doktor-doktor dan hospital-hospital di seluruh dunia menggunakan Ujian EBV dan ujian-ujian lain dari Gull Laboratories untuk mendiagnosis dengan tepat serangan jangkitan virus.
Walau bagaimana pun, hasil ujian diagnosis tersebut tidak banyak menyumbang ke arah PENCEGAHAN penyakit. Padahal, sudah lebih satu abad dunia sedia maklum bahawa unit yang paling asas untuk kehidupan ialah SEL.
Justeru, Dr. Myron Wentz terfikir bahawa:
"Mengapa tidak kita mendekati pemakanan (supplement) pada peringkat sel manusia?"
"Mengapa tidak kita mendekati pemakanan (supplement) pada peringkat sel manusia?"
Lalu, dari situlah terasasnya USANA HEALTH SCIENCES bagi membangunkan sistem pemakanan canggih dalam membekalkan zat yang secukupnya kepada tubuh manusia.















