

Kenapa memilih USANA?
Sudah jelas bahawa USANA HEALTH SCIENCES ditubuhkan bagi membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan mereka dari sudut PENCEGAHAN.
Untuk kesihatan yang optimum dan fungsi sel yang baik, diet harian kita mestilah mengandungi kesemua nutrien-nutrien yang penting. Ada nutrien yang mungkin diperlukan pada sukatan yang lebih tinggi daripada apa yang dapat dibekalkan oleh makanan.
Selain daripada itu, pada masa ini, tubuh kita sering diserang oleh radikal-radikal bebas yang boleh membawa kesan buruk yang mampu menguasai sistem pertahanan bahan antioksida kita.
"Punca penyakit adalah keranalemah daya imun (lemah ketahanan badan)
Apa sahaja yang dapat menguatkan daya imun,
akan secara langsung dapat
mencegah & merawat penyakit"
- Dr. William Hennen, Ph.D.

Oleh kerana itulah produk-produk USANA adalah berasaskan penemuan-penemuan saintifik bagi pemakanan manusia dan ia direka khas untuk membekalkan sprektrum nutrien serta antioksida yang lengkap dan seimbang bagi membantu menggantikan pemakanan yang kurang baik dan juga mengatasi kerosakan radikal bebas.
Produk-produk USANA adalah bersih daripada kandungan bahan kimia, dadah, dan PARABEN (penyebab gejala KANSER). Anda sebagai pengguna dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu kandungan di dalam produk-produk kesihatan yang ingin dibeli terutamanya barangan kosmetik. Jika ia ber-Paraben, fikir dahulu buat kedua kali untuk membelinya.
Produk-produk USANA juga tersenarai di dalam buku MIMS (Masters Index Of Madical Specialities), iaitu buku rujukan perubatan para doktor di seluruh Malaysia bermula pada tarikh 15 Julai 2007.
Di dalam buku Comparative Guide to Nutritional Supplements, USANA telah dipilih sebagai produk pemakanan terbaik antara 500 produk pemakanan tambahan di USA dan Kanada. Selain daripada itu, USANA juga merupakan penerima Utah Best of State Awards pada 2003/04/06/07/08.Perlu diberikan perhatian di sini, bahawa produk-produk USANA adalah pemegang sijil halal IFANCA (Islamic Food & Nutrition Council of America). Sila klik -di sini-
"Sayangi kehidupan anda, dan hiduplah dengan penuh kebahagiaan & kesihatan"
- Dr. Myron Wentz
- Dr. Myron Wentz














